Friday, December 30, 2011

Amalan Yang Boleh Merosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sunday, December 19, 2010

Minyak Petrol RON 95 naik 5 Sen...!

Dalam kata harga minyak RON 95 tak akan naik tahun 2010, akhirnya tepat tengah malam 4 Disember, harga minyak RON 95 dinaikkan sebanyak 5 sen iaitu dari harga RM1.85 kepada RM1.90. Apakah alasan kerajaan kali ini?

Alasan kerajaan kali ini adalah untuk memudahkan pengiraan subsidi. Sungguh tidak disangka untuk memudahkan kerajaan, mereka sanggup menyusahkan rakyat sekali lagi. Mungkin mereka yang berduit tidak terasa akan kenaikan sebanyak 5 sen, namun perlu diingat, kenaikan harga minyak akan menjadi alasan utama untuk kenaikan harga barang.

Apa yang paling dikesalkan adalah janji kerajaan yang mengumumkan tiada kenaikan untuk minyak petrol RON 95 untuk tahun ini. Sekiranya tidak boleh melaksanakan janji, jangan membuat kenyataan terlebih dahulu. Mungkin isu ini nampak kecil dimata pemimpin ini, tetapi ia mempunyai kesan terhadap keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

Cubalah kembalikan keyakinan rakyat. Di manakah slogan yang di bangga-banggakan Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utama kan.  Jangan hanya menjadi ucapan di bibir tanpa makna di dalamnya.

Saturday, December 18, 2010

Salam Perkenalan

Ini merupakan siaran percubaan.
Salam perkenalan kepada semua. Moga permulan ini akan berterusan dengan jayanya..